Langkau ke kandungan

Sari kata

Mengorak Langkah Kerjaya Anda

Di Dutch Lady Milk Industries Berhad (DLMI), kami lebih daripada sekadar sebuah syarikat tenusu — kami adalah sebahagian daripada detik-detik kehidupan seharian rakyat Malaysia. Kami mengkhasiati keluarga dengan kebaikan yang tulus dan berdiri teguh bersama penternak lembu tenusu tempatan yang menjadikan segalanya mungkin. Apabila anda menyertai pasukan kami, anda bukan sekadar menyertai sebuah syarikat yang prihatin dan berteraskan tujuan, tetapi juga menjadi sebahagian daripada perjalanan yang menginspirasi — mengkhasiati negara, membina masa depan yang penuh harapan, dan membolehkan anda menjadi versi terbaik diri anda.

Budaya Kita

Serlahkan potensi semula jadi anda dan kekal setia kepada diri anda sambil kita membentuk masa depan tenusu bersama-sama.

Kami percaya kepada Kekuatan "Kami"

Sebagai sebuah koperasi, kerjasama merupakan asas kepada identiti kami. Pasukan kami sentiasa mengutamakan jalinan kerjasama yang dibina atas dasar kepercayaan dan rasa hormat — serta semangat yang menggerakkan kekuatan “Kami”. Kepelbagaian warga kerja kami, disertai dengan semangat individu dan komitmen kolektif, membentuk masa depan industri tenusu. Gabungan faktor ini menjadikan FrieslandCampina sebuah organisasi yang unggul untuk terus berkembang dan menyumbang.

Serlahkan Potensi Sebenar Diri Anda di FrieslandCampina

Sifat semula jadi anda mencerminkan siapa diri anda. Ia merangkumi nilai dan kepercayaan dalaman yang mendorong setiap tindakan anda — apa yang anda lakukan dan apa yang anda impikan dalam kehidupan. Inilah titik permulaan perjalanan kerjaya anda di FrieslandCampina. Di sini, anda berpeluang menyerlahkan potensi sebenar diri sambil kekal jujur terhadap identiti diri sendiri dan bersama-sama membentuk masa depan industri tenusu.

Ambil ujian ini untuk mengenali sifat semula jadi anda dan kongsi keputusan anda di LinkedIn dengan #UnleashYourNature.

Ikuti ujian, temui sifat semula jadi anda dan kongsi keputusan anda di LinkedIn dengan
#UnleashYourNature.

Warga Kami

Pasukan kami mengamalkan profesionalisme dan kecemerlangan dalam persekitaran inklusif yang berteraskan pertumbuhan, di mana kejayaan dicapai bersama.

op-1

“Menerima keberanian adalah kunci untuk membentuk dan memperjuangkan amalan inovatif yang meningkatkan usaha kita untuk mencapai kecemerlangan.”

op-2

“Dalam memacu integrasi sistem DMS DLMI, saya mendapati bahawa pemerkasaan adalah elemen penting untuk mencapai kejayaan.”

op-3

“Ke arah kecemerlangan, kami digerakkan oleh kerjasama. Saat berdepan cabaran, kami bersatu hati dan memastikan setiap suara dihargai.”

Tempat Kerja Kami

Kami meraikan setiap kejayaan, besar atau kecil, bersama sambil menghargai kepelbagaian budaya Malaysia melalui sambutan perayaan yang menyatukan kami sebagai satu pasukan.

Sari kata

Peluang Kerjaya

Jadilah diri anda yang sebenar — di sinilah langkah pertama anda bermula bersama FrieslandCampina. Kami menghargai keunikan setiap individu, kerana setiap perbezaan menjadikan kita lebih kuat dan maju bersama. Di sini, anda akan menemui suasana kerja yang menyokong semua orang untuk menyerlahkan potensi terbaik dan keaslian diri masing-masing. Jika inilah nilai yang dekat di hati anda, teruskanlah menjadi diri anda yang sebenar. Sertailah kami dan maju bersama sebagai satu pasukan.